Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM 2011

Semua ketua unit dan setiausaha diminta merujuk pautan MUAT TURUN untuk mendapatkan maklumat dalam pengurusan kokurikulum yang cemerlang.

AKTIVITI KOKURIKULUM HARI SABTU

Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Jake, Penang, published in THE STAR dated 12 August 2010 on the issue of – Too many school activities on Saturdays. Merujuk kepada Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan bahawa sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan Kokurikulum di sekolah adalah wajib. Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Berdasarkan subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld 11(29) bertarikh 2 Januari 1985, setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam (Badan Beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan. Di dalam Subperkara 5.2 pula menyatakan bahawa penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan kegiatan kokurikulum di sekolah.

SISTEM E-PENGURUSAN KOKURIKULUM

Mulai November 2010 pihak pengurusan Unit Kokurikulum akan memperkenalkan sistem pengurusan kokurikulum secara e-elektronik.

KEPENTINGAN KOKURIKULUM

Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum semakin merosot. Hal ini membangkitkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan guru dan pentadbir sekolah. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memastikan aktiviti kokurikulum kembali aktif. Namun sehingga kini cakap-cakap tentang pengabaian murid terhadap aktiviti kokurikulum kasih kedengaran. Sesungguhnya aktiviti kokurikulum mempunyai pelbagai kepentingan. 1. Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan disiplin murid.     - mematuhi etika berpakaian.     - mematuhi masa.     - mengikuti peraturan yang ditetapkan. 2. Aktiviti kokurikulum dapat memupuk sifat kepemimpinan.     - murid berpeluang menjadi pemimpin dalam organisasi.     - melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa.     - setiap murid berpeluang untuk memupuk bakat. 3. Aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan.     - Aktiviti yang bersifat fizikal akan meningkatkan daya tahan.     - Murid sentiasa aktif dan tidak diganggu penyakit.     - Badan yang sihat memungkink