Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

SIJIL PENGHARGAAN KOKURIKULUM 2011

Semua murid yang menjawat jawatan dalam semua unit kokurikulum akan menerima sijil selepas ramadhan  2011 ini. Terima kasih kepada semua murid yang telah menabur bakti menjayakan unit kokurikulum sktd 3 sepanjang Tahun 2011. Semoga anda akan terus berjaya dan menjadi pemimpin yang hebat.

PERKHEMAHAN TAHUNAN KOKURIKULUM 2011

Berikut adalah maklumat perkhemahan tersebut : 07 - 09 Oktober 2011 Jumaat hingga Ahad Pusat Latihan SAJ Sultan Iskandar Masai Johor. Terbuka kepada semua murid tahap 2.

TARIKH PELAKSANAAN GERKO SEHINGGA OGOS 2011

1).15 JANUARI 2011   Pendaftaran / Mesyuarat Agong / Pelantikan 2).12 FEBRUARI 2011 Larian Perdana / Merentas Desa Kejohanan Balapan dan Padang 3).26 FEBRUARI 2011 Gerko 4).26 MAC 2011           Gerko 5).14 MEI 2011             Gerko 6).21 mei 2011               Gotong Royong Perdana 7).28 Mei 2011               Perkhemahan Asas Unit Uniform 8).02 Julai 2011               Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 9).09 Julai 2011                   Kejohanan Padang dan Balapan Ke-10    

TERIMA KASIH

Imej
Terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus selama dua hari 1 malam demi menjayakan PERKHEMAHAN ASAS UNIT UNIFORM KHUSUS MURID TAHUN 4. Ketekunan dan komitmen para guru amat dikagami. Murid-murid yang telah menyertai, anda hebat sekali. Anda telah menunjukkan kesungguhan yang luar biasa dalam menjayakan setiap aktiviti yang dilaksanakan. Jumpa lagi di KEJOHANAN OLAHRAGA, PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT UNIFORM, KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN DAN LAWATAN LUAR NEGERI YANG AKAN MENYUSUL .

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEMPENA FESTIVAL SAINS DAN MATEMATIK

Imej
Seramai 80 orang pelajar sekolah ini telah menyertai program ini. Rombongan diketuai Puan Sapura binti Bakri.

HOKI MSSM 2011

Imej
Sempena Hoki MSSM yang akan berlangsung di Johor pada tahun ini, sekolah ini telah diberi tanggungjawab sebagai PENGERUSI TEKNIK DAN PERLATAN TEKNIK. Pertandingan akan dilangsungkan pada 30 Mei 2011 hingga 6 Jun 2011. 15 guru sekolah ini akan terlibat sebagai pegawai sepanjang temasya ini. Manakala seramai 5 orang pelajar sekolah ini akan mewakili Pasukan Johor L12 dan P12. Tahniah kepada Cikgu Hairuddin. Ini berkat kesungguhan anda selama ini.

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI 2011

Imej
Tahniah kepada team SK Taman Daya 3 yang telah berjaya mewakili Daerah Pasir Gudang ke SMK Sri Kenangan, Segamat pada 24, 25 dan 26 Mei 2011 ini. Terima kasih kepada Cikgu Sapura dan Cikgu Tengku Maslilawarnie. Anda jurulatih yang kreatif dan inovatif. Semoga team anda akan berjaya.

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSD L12 2011

Imej
Satu pasukan sepak takraw dibawah pimpinan Encik Roslan, Encik Indra Syahril telah layak hingga ke peringkat separuh akhir. Terima kasih jua kepada Encik Ahmad Faiz selaku pengurus pasukan.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2011

Imej
Tahniah dan Syabas. Tempat Ke-3 Sekolah ini telah menghantar satu pasukan kawad kaki perempuan dari Unit Uniform Puteri Islam. Seramai 33 orang murid telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan diadakan di SK Taman Rinting 2, Pasir Gudang. Terima kasih kepada Cikgu Zubir selaku jurulatih, Cik Nur Hidayah sebagai Penolong Jurulatih dan Puan Norhayati Bakar selaku Pengurus pasukan. Saya sangat kagum dengan komitmen yang telah anda berikan.

PERKHEMAHAN ASAS UNIT UNIFORM 27 DAN 28 MEI 2011

Imej
Mohon kerjasama ibu bapa murid Tahun 4 untuk memastikan anak tuan puan tidak ketinggalan menyertai perkhemahan asas yang akan diadakan pada 27 dan 28 Mei 2011. Pendaftaran pada jam 2.30 petang. Pulang pada jam 4.30 petang. Kerjasama tuan puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

Untuk semua guru yang akan diadakan pada 5 Mac 2011 (Sabtu) mulai jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Kehadiran semua guru adalah suatu tuntuntan dan penyempurnaan amanah.

JUARA LAGI

Pasukan Hoki bawah 12 Tahun (perempuan) menjadi JUARA. Terdapat 13 buah pasukan telah menyertai pertandingan tersebut yang berlangsung pada 26 Februari 2011 (Sabtu) di SK Taman Daya 3, Johor Bahru. Pasukan Hoki bawah 12 Tahun (lelaki) memenangi tempat ketiga daripada 18 buah pasukan yang bertanding yang berlangsung pada 27 Februari 2011 (Ahad) di SK Taman Daya 3, Johor Bahru.

SIJIL LARIAN PERDANA 12 FEBRUARI 2011

Imej
Semua pelajar yang telah membayar dan menyertai LARIAN PERDANA MAHKOTA bolehlah mendapatkan sijil penyertaan anda melalui guru rumah sukan anda. Sekian, harap maklum.

SKTD3 TUAN RUMAH HOKI PRA MSSD PASIR GUDANG

Imej
Kelab Hoki SK Taman Daya 3, Johor Bahru telah menganjurkan Kejohanan Hoki PraMSSD Pasir Gudang pada 26 Februarri 2011 (Sabtu) untuk Hoki Perempuan Bawah 12 tahun dan pada 27 Februari 2011 (Ahad) untuk Hoki Lelaki bawah 12 tahun.Seramai 13 pasukan Perempuan Bawah 12 tahun dan 13 pasukan Hoki Lelaki bawah 12 tahun telah menyertai kejohanan tersebut. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Encik Hairuddin bin Ruba'ain selaku Ketua Kelab Hoki SK Taman Daya 3, Johor Bahru merangkap Pengerusi Teknik Hoki MSSD Pasir Gudang. Terima kasih juga kepada jawatankuasa yang telah berjaya memberikan kerjasama untuk melancarkan perjalanan kejohanan pada hari tersebut. Terima kasih seadanya.

SELAMAT TINGGAL CIKGU NAHRUL

Imej
Unit Kokurikulum ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Cikgu Nahrul selaku GURU MEDIA sekolah ini yang akan memulakan tugas barunya di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Permas Jaya  mulai 1 Mac 2011. Kami warga SKTD3 mendoakan beliau akan lebih berbahagia di sana. Semoga anda akan terus berjaya hendaknya. Sekian terima kasih.

LATIHAN OLAHRAGA 2011 PERSIAPAN MSSD PASIR GUDANG

Untuk makluman tuan-puan PARA IBU BAPA DAN PEJAGA MURID SKTD3, JB, Jawatankuasa Olahraga dibawah pimpinan CIKGU MOHD SUHAIMI BIN SEMAN (0199072407), CIKGU ROSLAN (0134431823), CIKGU HANAFI (0176536342) dan CIKGU SAMUEL (0136321880) sedang giat memilih dan melatih murid yang berkelayakan untuk mewakili sekolah untuk peringkat MSSD Pasir Gudang yang akan berlangsung pada bulan MAC 2011. Sekiranya tuan puan menghadapi masalah dan pertanyaan, boleh menghubungi mereka. Mudah-mudahan segala persoalan dapat dirungkaikan secepat mungkin. Selain itu dapat merapatkan hubungan guru-guru dengan para ibu bapa dan hidup dalam satu komuniti kemasyarakatan yang kukuh, saling sefahaman, hormat menghormati, damai  dan harmoni. Sekian terima kasih.

UCAPAN TERIMA KASIH

Imej
Bersyukur. Berjaya jua akhirnya kita melaksanakan LARIAN PERDANA MAHKOTA DAN ACARA MERENTAS DESA 2011 Saya bagi pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru guru yang bertungkus lumus untuk merancang dan melaksanakan program ini hingga mampu berlangsung dengan jayanya sekali. Tidak lupa juga kepada barisan kepimpinan PIBG yang diketuai Encik Zulkifli bin Mohd Yusof dan penjaya utama program ini ialah murid murid yang telah berlari dengan bersungguh sungguh hingga mampu merealisasikan tentatif program ini. Tidak terlupa jua kepada kepimpinan sekolah ini Encik Rosli bin Davi selaku peneraju dan pengerak utama sekolah bersama penolong kanan yang lain. Sesungguhnya tanpa panduan, pandangan dan sokongan tidak berbelah bahagi tuan puan, pasti kami selaku jawatankuasa pelaksana program mengalami kesukaran yang amat. SEKIAN, TERIMA KASIH SEMUANYA. ALLAH JUA YANG MAHA MENGETAHUI.

LARIAN PERDANA MAHKOTA DAN KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011

Imej
Semua guru dan murid Tahun 3 hingga Tahun 6 SKTD3 dipohon hadir untuk menunaikan tanggungjawab dengan penuh rasa keikhlasan untuk menjayakan program anjuran JABATAN PELAJARAN JOHOR. Setiap penyertaan dengan bayaran RM2 untuk disalurkan terus ke MSSJ. Setiap pelajar akan diberikan SIJIL PENYERTAAN yang mempunyai nilai merit penyertaan sukan peringkat MSSJ. Majlis akan bermula jam 7.45 pagi dengan dimulai SENAMROBIK dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Terdapat 40 hadiah. ( 10 hadiah X 4 kategori ) iaitu kategori A Lelaki, A Perempuan, B Lelaki dan B Perempuan Kehadiran anda juga akan menyumbangkan 5 mata untuk pasukan rumah sukan anda. Sekiranya anda berjaya menamatkan larian ini dalam masa yang ditetapkan, anda akan menyumbangkan 5 mata lagi untuk pasukan rumah sukan anda. Dan........ jika anda berjaya mendapat tempat pertama  hingga ke-20 anda akan menyumbangkan lagi, 100 mata hingga 8 mata untuk pasukan rumah anda. ANDALAH PENENTU KEJAYAAN RUMAH SUKAN ANDA - ANDALAH MURID