Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

LARIAN PERDANA MAHKOTA DAN KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011

Imej
Semua guru dan murid Tahun 3 hingga Tahun 6 SKTD3 dipohon hadir untuk menunaikan tanggungjawab dengan penuh rasa keikhlasan untuk menjayakan program anjuran JABATAN PELAJARAN JOHOR. Setiap penyertaan dengan bayaran RM2 untuk disalurkan terus ke MSSJ. Setiap pelajar akan diberikan SIJIL PENYERTAAN yang mempunyai nilai merit penyertaan sukan peringkat MSSJ. Majlis akan bermula jam 7.45 pagi dengan dimulai SENAMROBIK dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Terdapat 40 hadiah. ( 10 hadiah X 4 kategori ) iaitu kategori A Lelaki, A Perempuan, B Lelaki dan B Perempuan Kehadiran anda juga akan menyumbangkan 5 mata untuk pasukan rumah sukan anda. Sekiranya anda berjaya menamatkan larian ini dalam masa yang ditetapkan, anda akan menyumbangkan 5 mata lagi untuk pasukan rumah sukan anda. Dan........ jika anda berjaya mendapat tempat pertama  hingga ke-20 anda akan menyumbangkan lagi, 100 mata hingga 8 mata untuk pasukan rumah anda. ANDALAH PENENTU KEJAYAAN RUMAH SUKAN ANDA - ANDALAH MURID

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

Imej
Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2007 , pihak sekolah akan mengadakan satu perhimpunan bulanan Kokurikulum pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan. Oleh itu, murid-murid hendaklah seboleh-bolehnya memilih untuk memakai pakaian seragam pasukan badan beruniform yang lengkap atau sebahagian daripadanya seperti baju-T berkolar yang melambangkan pasukan badan beruniform atau kelab/persatuannya.

SEKOLAH GANTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2011

Imej
Sekolah ganti akan diadakan pada 22 JANUARI 2011  (SABTU)  sempena SEMPENA TAHUN BARU CINA. Sila gunakan JADUAL HARI ISNIN. Sekian harap maklum.

KEGIATAN GERAK KERJA KOKURIKULUM SESI AKADEMIK 2011 (GERKO)

Menurut Perkara 50 dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran bertarikh 7 November 1979 telah memperakukan bahawa semua murid hendaklah   mengambil bahagian secara lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum.     Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan dan menetapkan bahawa dasar dan syarat pemilihan murid ke tingkatan satu di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermula kemasukkan tahun 2000, memberi penekanan utama kepada penglibatan dan pencapaian murid dalam aspek kepimpinan, sukan dan kokurikulum di samping mengekalkan syarat kecemerlangan akademik. Dato Dr Abdul Shukor bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam surat KP(BS)8575-196 Jld. IV(26) bertarikh 2 Jun 1999.                                             

PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM SETIAP HARI RABU

Imej
Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2007 murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum setiap hari Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan. Murid-murid hendaklah seboleh-bolehnya memilih untuk memakai pakaian seragam pasukan badan beruniform yang lengkap atau sebahagian daripadanya seperti baju-T berkolar yang melambangkan pasukan badan beruniform atau kelab/persatuannya.

GERKO 15 JANUARI 2011 SABTU

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia GERKO SABTU PADA 15 JANUARI 2011 Untuk makluman ibu bapa pada 15 JANUARI 2011 (SABTU)   KEGIATAN GERKO untuk semua mutrid Tahap 2. Bermula jam 7.50 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Semua murid diminta berkumpul di dataran sekolah. Sekian harap maklum.