Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

Untuk semua guru yang akan diadakan pada 5 Mac 2011 (Sabtu) mulai jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Kehadiran semua guru adalah suatu tuntuntan dan penyempurnaan amanah.

JUARA LAGI

Pasukan Hoki bawah 12 Tahun (perempuan) menjadi JUARA. Terdapat 13 buah pasukan telah menyertai pertandingan tersebut yang berlangsung pada 26 Februari 2011 (Sabtu) di SK Taman Daya 3, Johor Bahru. Pasukan Hoki bawah 12 Tahun (lelaki) memenangi tempat ketiga daripada 18 buah pasukan yang bertanding yang berlangsung pada 27 Februari 2011 (Ahad) di SK Taman Daya 3, Johor Bahru.

SIJIL LARIAN PERDANA 12 FEBRUARI 2011

Imej
Semua pelajar yang telah membayar dan menyertai LARIAN PERDANA MAHKOTA bolehlah mendapatkan sijil penyertaan anda melalui guru rumah sukan anda. Sekian, harap maklum.

SKTD3 TUAN RUMAH HOKI PRA MSSD PASIR GUDANG

Imej
Kelab Hoki SK Taman Daya 3, Johor Bahru telah menganjurkan Kejohanan Hoki PraMSSD Pasir Gudang pada 26 Februarri 2011 (Sabtu) untuk Hoki Perempuan Bawah 12 tahun dan pada 27 Februari 2011 (Ahad) untuk Hoki Lelaki bawah 12 tahun.Seramai 13 pasukan Perempuan Bawah 12 tahun dan 13 pasukan Hoki Lelaki bawah 12 tahun telah menyertai kejohanan tersebut. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Encik Hairuddin bin Ruba'ain selaku Ketua Kelab Hoki SK Taman Daya 3, Johor Bahru merangkap Pengerusi Teknik Hoki MSSD Pasir Gudang. Terima kasih juga kepada jawatankuasa yang telah berjaya memberikan kerjasama untuk melancarkan perjalanan kejohanan pada hari tersebut. Terima kasih seadanya.

SELAMAT TINGGAL CIKGU NAHRUL

Imej
Unit Kokurikulum ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Cikgu Nahrul selaku GURU MEDIA sekolah ini yang akan memulakan tugas barunya di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Permas Jaya  mulai 1 Mac 2011. Kami warga SKTD3 mendoakan beliau akan lebih berbahagia di sana. Semoga anda akan terus berjaya hendaknya. Sekian terima kasih.

LATIHAN OLAHRAGA 2011 PERSIAPAN MSSD PASIR GUDANG

Untuk makluman tuan-puan PARA IBU BAPA DAN PEJAGA MURID SKTD3, JB, Jawatankuasa Olahraga dibawah pimpinan CIKGU MOHD SUHAIMI BIN SEMAN (0199072407), CIKGU ROSLAN (0134431823), CIKGU HANAFI (0176536342) dan CIKGU SAMUEL (0136321880) sedang giat memilih dan melatih murid yang berkelayakan untuk mewakili sekolah untuk peringkat MSSD Pasir Gudang yang akan berlangsung pada bulan MAC 2011. Sekiranya tuan puan menghadapi masalah dan pertanyaan, boleh menghubungi mereka. Mudah-mudahan segala persoalan dapat dirungkaikan secepat mungkin. Selain itu dapat merapatkan hubungan guru-guru dengan para ibu bapa dan hidup dalam satu komuniti kemasyarakatan yang kukuh, saling sefahaman, hormat menghormati, damai  dan harmoni. Sekian terima kasih.

UCAPAN TERIMA KASIH

Imej
Bersyukur. Berjaya jua akhirnya kita melaksanakan LARIAN PERDANA MAHKOTA DAN ACARA MERENTAS DESA 2011 Saya bagi pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru guru yang bertungkus lumus untuk merancang dan melaksanakan program ini hingga mampu berlangsung dengan jayanya sekali. Tidak lupa juga kepada barisan kepimpinan PIBG yang diketuai Encik Zulkifli bin Mohd Yusof dan penjaya utama program ini ialah murid murid yang telah berlari dengan bersungguh sungguh hingga mampu merealisasikan tentatif program ini. Tidak terlupa jua kepada kepimpinan sekolah ini Encik Rosli bin Davi selaku peneraju dan pengerak utama sekolah bersama penolong kanan yang lain. Sesungguhnya tanpa panduan, pandangan dan sokongan tidak berbelah bahagi tuan puan, pasti kami selaku jawatankuasa pelaksana program mengalami kesukaran yang amat. SEKIAN, TERIMA KASIH SEMUANYA. ALLAH JUA YANG MAHA MENGETAHUI.