Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

TERIMA KASIH

Imej
Terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus selama dua hari 1 malam demi menjayakan PERKHEMAHAN ASAS UNIT UNIFORM KHUSUS MURID TAHUN 4. Ketekunan dan komitmen para guru amat dikagami. Murid-murid yang telah menyertai, anda hebat sekali. Anda telah menunjukkan kesungguhan yang luar biasa dalam menjayakan setiap aktiviti yang dilaksanakan. Jumpa lagi di KEJOHANAN OLAHRAGA, PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT UNIFORM, KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN DAN LAWATAN LUAR NEGERI YANG AKAN MENYUSUL .

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEMPENA FESTIVAL SAINS DAN MATEMATIK

Imej
Seramai 80 orang pelajar sekolah ini telah menyertai program ini. Rombongan diketuai Puan Sapura binti Bakri.

HOKI MSSM 2011

Imej
Sempena Hoki MSSM yang akan berlangsung di Johor pada tahun ini, sekolah ini telah diberi tanggungjawab sebagai PENGERUSI TEKNIK DAN PERLATAN TEKNIK. Pertandingan akan dilangsungkan pada 30 Mei 2011 hingga 6 Jun 2011. 15 guru sekolah ini akan terlibat sebagai pegawai sepanjang temasya ini. Manakala seramai 5 orang pelajar sekolah ini akan mewakili Pasukan Johor L12 dan P12. Tahniah kepada Cikgu Hairuddin. Ini berkat kesungguhan anda selama ini.

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI 2011

Imej
Tahniah kepada team SK Taman Daya 3 yang telah berjaya mewakili Daerah Pasir Gudang ke SMK Sri Kenangan, Segamat pada 24, 25 dan 26 Mei 2011 ini. Terima kasih kepada Cikgu Sapura dan Cikgu Tengku Maslilawarnie. Anda jurulatih yang kreatif dan inovatif. Semoga team anda akan berjaya.

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSD L12 2011

Imej
Satu pasukan sepak takraw dibawah pimpinan Encik Roslan, Encik Indra Syahril telah layak hingga ke peringkat separuh akhir. Terima kasih jua kepada Encik Ahmad Faiz selaku pengurus pasukan.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2011

Imej
Tahniah dan Syabas. Tempat Ke-3 Sekolah ini telah menghantar satu pasukan kawad kaki perempuan dari Unit Uniform Puteri Islam. Seramai 33 orang murid telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan diadakan di SK Taman Rinting 2, Pasir Gudang. Terima kasih kepada Cikgu Zubir selaku jurulatih, Cik Nur Hidayah sebagai Penolong Jurulatih dan Puan Norhayati Bakar selaku Pengurus pasukan. Saya sangat kagum dengan komitmen yang telah anda berikan.

PERKHEMAHAN ASAS UNIT UNIFORM 27 DAN 28 MEI 2011

Imej
Mohon kerjasama ibu bapa murid Tahun 4 untuk memastikan anak tuan puan tidak ketinggalan menyertai perkhemahan asas yang akan diadakan pada 27 dan 28 Mei 2011. Pendaftaran pada jam 2.30 petang. Pulang pada jam 4.30 petang. Kerjasama tuan puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.