Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

MAKLUMAN PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 1 - 6 BAGI TAHUN 2013 SERTA PEMBELIAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN MURID

Kepada, Ibu Bapa/Penjaga Murid, SK Taman Daya 3, 81100, Johor Bahru Tuan/Puan, Makluman Persekolahan Murid Tahun 1 - 6 / 2013 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa anak/jagaan tuan/puan akan melanjutkan pelajarannya di SK TAMAN DAYA 3, 81100 JOHOR BAHRU 2. Sehubungan itu, dimaklumkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua Ibu bapa/ Penjaga: 2.1 Cuti Akhir Tahun Persekolahan ialah 10.11.2012 hingga 01.01.2013. 2.2 Pendaftaran masuk Tahun 1 hingga 6 ialah pada 29.12.2012 (Hari Sabtu) jam 8.00 pagi. 2.2 Naik Penggal Persekolahan ialah Hari Rabu 02.01.2013 2.3 Ibu bapa/Penjaga perlu mempastikan bahawa anak-anak sering mengulangkaji pelajaran di rumah dan mengawasi keselamatan mereka. 3. Untuk makluman tuan/puan, senarai buku tulis, latihan, aktiviti dan peralatan sekolah tahun 2013 boleh diperolehi daripada Kedai Buku Sekolah mulai hari Rabu 19 DISEMBER 2012 mulai jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang .  Kutipan bayaran lain sekolah da

PEMBERITAHUAN MENGENAI SOAL SELIDIK KSSR BAGI GURU

Guru-guru sudah boleh menjawab soal selidik daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) melalui link di bawah ini : http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-guru/ Kerjasama dari guru-guru amatlah dihargai.

KEPUTUSAN RASMI UPSR 2012 SK TAMAN DAYA 3

Imej
KEPUTUSAN RASMI UPSR 2012

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN UPSR 2012

Imej
  Seluruh warga SKTD3 mengucapkan salam kejayaan buat murid-murid Tahun 6 SKTD3 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.

PEMBERITAHUAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2012 DAN TAMBAHAN CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2012

Kepada, Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid Pra Sekolah, Tahun 1 hingga 6 SK Taman Daya 3, Johor Bahru. Tuan PEMBERITAHUAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2012 DAN TAMBAHAN CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2012 Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk. 2.          Untuk makluman tuan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memberi cuti dan cuti berganti SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2012 mulai 16 Ogos 2012 (Khamis) hingga 26 Ogos 2012 (Ahad) 3.          Justeru, pihak KPM memberi kebenaran kepada pihak sekolah mengadakan persekolahan cuti berganti (seperti Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012) seperti berikut: Tarikh Cuti Jenis Cuti Tarikh Ganti Persekolahan 16 Ogos 2012 (Khamis) Cuti Berganti 8 September 2012 (Sabtu) (Jadual hari Khamis) 17 Ogos 2012 (Jumaat) Cuti Berganti 22 September 2012(Sa

KONVOI SINAR KASIH RAMADHAN 2012

Imej
SK Taman Daya 3 bantu pelajar miskin JOHOR BAHRU 9 Ogos - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Daya 3 di sini menganjurkan program Konvoi Sinar Kasih Ramadan yang bertujuan membantu murid sekolah berkenaan yang terdiri daripada anak yatim, fakir miskin dan sakit kronik. Guru Besar sekolah berkenaan, Zainuddin Mohd. Alie berkata, sebanyak 70 keluarga murid telah menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian sempena program berkenaan. "Ini merupakan program yang julung kali diadakan dan kita mengambil pendekatan dengan menziarahi sendiri rumah keluarga murid yang layak menerima sumbangan. "Selain memberi sumbangan, pihak sekolah juga dapat menyelami sendiri kehidupan anak didik kami, sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim kedua-dua belah pihak," katanya pada majlis pelancaran program di SK Taman Daya 3 di sini semalam. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Put

NIAT PUASA RAMADHAN

Imej
Lafaz niat untuk sebulan : Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala Lafaz niat untuk harian : Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala Lafaz doa ketika hendak berbuka : Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang. Lafaz doa selepas berbuka puasa : Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu. Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya.Waktu hampir ketibaan bulan Ramadhan di UIAM memang aku perhatikan suasananya berlainan dan disambut meriah,serupa macam

WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2012

Kepada Ibu/Bapa/Penjaga Murid Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3 Jalan Sagu 36, Taman Daya 81100 Johor Bahru Tuan/Puan WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN Kenyataan di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman tuan/puan waktu persekolahan sepanjang bulan Ramadhan akan berubah mulai ISNIN 23 JULAI 2012 seperti ketetapan berikut :             KELAS HARI MASA SESI PAGI ISNIN – KHAMIS 07.15 PAGI – 12.30 TGHARI JUMAAT 07.15 PAGI – 12.15 TGHARI SESI PETANG ISNIN – KHAMIS 12.40 TGHARI – 5.30 PETANG JUMAAT 02.20 PETANG – 5.30 PETANG 3.          Perubahan ini adalah untuk diselaraskan dengan waktu balik sekolah-sekolah di kawasan sekitar dan juga memberi ruang kepada murid-murid yang akan memulakan Sekolah Agama lebih awal. 4.          Kerjasama dan perhatian tuan/puan menguruskan pengangkutan pergi dan balik anak jag

MOTIVASI DAN QIAMULAIL TAHUN 6

Imej
Tarikh    :   13 dan 14 Julai 2012 Tempat  :   Dewan Sekolah Semua murid Tahun 6 adalah TIDAK BOLEH TIDAK hadir menjayakan majlis tersebut.

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR

Imej
Tarikh    : 5 Julai 2012 (Khamis) Selepas Solat Maghrib Tempat  : Surau Taman Setia Indah Semua ibu bapa dan murid Tahun 6 dijempur hadir.

PROGRAM PERMATA AYAH BONDA 2012

Imej
Tarikh   :  11 Julai 2012 (Rabu) - 10.30 pagi Tempat :  Bilik Seminar Semua ibu bapa yang TERLIBAT SAHAJA dijemput hadir untuk menjayakan majlis tersebut. * 40 orang murid sahaja bersama kedua-dua ibu bapa.

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2012

Imej
1.0                NAMA PROGRAM Program Ihya’ Ramadhan Dan Sambutan Hari Raya. 2.0                TEMPAT Surau Mawaddah, Dewan Kreatif dan Bilik J-Qaf 3.0                TARIKH 25 Julai – 15 Ogos  2012 ( Tadarrus Al-Quran / Bacaan Hadis ) 27 Ogos 2012 / 9 Syawal 1433H ( Khatam Al-Quran dan Sambutan Hari Raya ) 4.0                MASA 10.15 – 10.45 pagi dan 3.30 – 3.50 petang (Tadarus Al-Quran dan Bacaan Hadis) 5.0                SASARAN Semua murid, guru dan staf SKTD3

TANDER KANTIN 2013-2014

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA TENDER KANTIN SEKOLAH SK TAMAN DAYA 3, TAMAN DAYA, JOHOR BAHRU 1.         Tawaran ini adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menjual makanan dan minuman serta menguruskan kantin SK Taman Daya 3 untuk tempoh 2 tahun mulai 01 Disember  2012 hingga 31 November 2014. 2.         Borang Tawaran Tender boleh didapati di pejabat sekolah mulai jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang mulai 1 Julai 2012 dengan bayaran permohonan sebanyak RM30.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Sahaja) sebagai wang proses yang tidak akan dikembalikan. 3.         Tawaran Tender Kantin hendaklah dihantar dalam sampul surat yang berlakri dan bertanda di luarnya “SEBUT HARGA Kantin SK Taman Daya 3” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 31 Julai 2012 jam 12 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan dilayan
Imej
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 11, 2012 SK TAMAN DAYA 3   Temasya Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah, SK Taman Daya 3 bagi pengisian program tahunan dalam takwim sukan sekolah. Tarikh pelaksanaan berdasarkan butiran berikut;       Tarikh     : 28 Jun 2012        Hari        : Khamis        Masa      : 07.30 pagi - 03.00 petang        Tempat   : Padang SK Taman Daya 3         Acara Padang Akhir;        Tarikh : 19/06/2012        Hari    : Selasa         Acara Balapan Saringan;        Tarikh : 20/06/2012        Masa  : Rabu        Acara Pegawai / Ibubapa ( 28/6/2012 )        1. Tarik Tali         2. Lari Dalam Guni Semua ibubapa dan penjaga murid-murid SK Taman Daya 3 dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke 11,2012. Kehadiran tuan puan diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara warga sekolah dan ibubapa/penjaga dalam sama-sama membangun

BENGKEL DATA MURID

Bengkel tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut : Hari : Rabu Masa : 11.00 pagi (sesi pagi) Masa : 1.00 petang (sesi petang) Tarikh : 13 Jun 2012 Pengerusi : Tuan Haji Zainuddin bin Haji Alie (Guru Besar) Setiausaha dan Untuk Tindakan  : Cik Aida Mohd (Kaunselor) Agenda :  Fail PBS Fail Profil Murid Bilik Guru Sekian, untuk makluman dan perhatian semua pihak.

PENGARAH TURUN PADANG

Berikut adalah maklumat terkini : Tarikh : 11 Jun 2012 Hari : Isnin Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Daya 3 Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang Bilangan Pembentangan :10 sekolah terlibat Bilangan Panel : 5 orang panel penilai Kepada JK dan Urusetia yang dilantikan,  mohon kerjasama padu daripada rakan sekalian.

SUDUT RMT

Sebagai tanda penghargaan kepada murid yang terpilih untuk RMT mulai bulan Mei 2012. Kawasan khas untuk hidangan RMT dan segala maklumat berkaitan dengannya.

KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH KPM 2013

Syarat Kemasukan Murid Prasekolah Hanya warganegara Malaysia sahaja Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada hari pertama bulan Januari pada tahun persekolahan semasa. Keutamaan kemasukan kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun. Keutamaan kepada ibu bapa/penjaga berdasarkan pemeringkatan (rangking) dari pendapatan rendah kepada pendapatan tinggi dalam senarai permohonan yang diterima.

TANDAS BERSIH MENAWAN DAN WANGI (BMW)

Sekolah ini telah menyertai PERTANDINGAN TANDAS BERSIH 2012. Untuk maklumat lanjut sila klik PERTANDINGAN TANDAS BERSIH 2012

LARANGAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH

Sila klik pautan ini : Larangan Membawa Telefon Bimbit

PRA PENGARAH TURUN PADANG

Majlis ini akan diadakan pada 30 Mei 2012 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat SK Taman Daya 3, Johor Bahru. Berikut adalah maklumat lanjut program tersebut : Masa       : 8.00 pagi Pengerusi :  En. Hussin Bin Hamidon                    Penolong PPD Pengurusan Kualiti Sekian dimaklumkan jua.

19 MEI 2012 GERKO KALI KE-6/2012

Tahun 6, KELAS TAMBAHAN Tahun 5, KEM BESTARI SOLAT Tahun 4, GERKO Mulai jam 7.30 pagi hingga jam 12.30 tghari. Kehadiran adalah diwajibkan.

PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG

Imej
Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3 akan menjadi lokasi PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG (PPTP) SESI 1/2012 pada 14 Mei 2012 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat mulai jam 7.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Kepada 10 orang Guru Besar yang akan melaksanakan pembentangan...Selamat Maju Jaya.

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSTAKAWAN

Imej
  Semua pengawas akan terlibat dengan kem ini pada ketetapan berikut : Tarikh    : Jumaat, Sabtu dan Ahad Hari       : 11. 12 dan 13 Mei 2012 Tempat  : Kem Kaizen, Gunung Pulai, Pontian, Johor

MESYUARAT UNIT DISIPLIN, UNIT PERHIMPUNAN DAN BKK

Imej
Mesyurat ini akan dilaksanakan pada ketetapan berikut : Hari    :   Isnin Tarikh :   30 April 2012 Masa  :   1.15 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Kehadiran adalah tidak boleh tidak.

1 MEI 2012 CUTI UMUM HARI PEKERJA

Imej
1 MEI 2012 (Selasa) adalah cuti umum bersempena Sambutan Hari Pekerja. Oleh itu besarlah harapan guru-guru agar semua murid SKTD3 menggunakan masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah seperti menyiapkan tugasan sekolah, membantu ibu bapa, mengulangkaji pelajaran, membaca buku dan sebagainya. Drp : Mohd Fauzi bin Saem - PK HEM

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 6 SIRI 2/2012

Imej
Program ini akan diadakan pada ketetapan berikut : Hari : Jumaat (8.00pagi hingga 12.00 tghari) bertempat di Dewan SK Taman Daya 3, JB
Imej
Karnival Sukan Permainan Futsal ( modified game ) Tarikh      : 23 - 25/04/2012 Hari          : Selasa  ( Tahun 6 )                    Rabu    ( Tahun 4 )                    Khamis ( Tahun 5 ) Masa        : 03.30 - 06.00 petang Tempat    : Padang & Gelanggang Badminton SKTD3 Murid-murid diharapkan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Buktikan...!  Kelas anda adalah Juara Futsal... Pingat dan trofi menanti JUARA.. Sila rujuk halaman SUKAN untuk maklumat lanjut.

SEKOLAH GANTI SEMPENA CUTI BERGANTI HARI RAYA HAJI

Imej
Mengikut surat siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2012 bertarikh 13 Mac 2012, Sekolah ganti tersebut akan dilaksanakan pada hari Sabtu 21 April 2012 dengan menggunakan Jadual belajar hari KHAMIS.