Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah menetapkan untuk melaksanakan Pendidikan Wajib Sekolah Rendah mulai l Januari 2OO3. Sehubungan itu tuan/puan adalah dipohon untuk melaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti berikut: 2.1. Semua permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal DUA tahun sebelum kanak-kanak itu bersekolah. 2.1.1. Kanak-kanak yang lahir 2.1.2010 hingga 1.1.2011 untuk tahun persekolahan 2017 . 2.1.2. Kanak-kanak yang lahir 2.1.2O11 hingga 1.1.2O12 yang belum membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2018. 2.2. Semua urusan permohonan penempatan hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah mulai pada 1 hingga 31 MAC 2O16. 2.3. Jadual permohonan penempatan adalah seperti berikut: TARIKH : 1 HINGGA 31 MAC 2016 HARI :    HARI  BEKERJA MASA : WAKTU PEJABAT SEKOLAH BERKENAAN Kepada ibu bapa berkenaan boleh datang ke pejabat untuk mengambil borang permohonan.

Makluman Ibu Bapa acara Balapan dan Padang

Imej

CUTI TAHUN BARU CINA

Sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina bermula 5 Feb 2016 sehingga 13 Feb 2016. Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina" kepada ibu bapa yang menyambutnya. Nota :Cuti tersebut tidak melibatkan cuti ganti.