DOA

DOA PENGANTIN

1.         Ya ALLAH      YA ROHMAN      YAROHIM
*Kami menadahkan tangan sebagai tanda kesyukuran kami kepadaMU YA ALLAH. 
*YA ALLAH engkau telah membuktikan kekuasaanmu YA ALLAH
*dan dengan rahmatmu engkau menciptakan untuk kami kaum lelaki daan kaum perempuan dari jenis kami sendiri,
*supaya kami dapat bersenang hati dan hidup dengan penuh kasih mesra dengannya
*dan dijadikan di antara kami suami-isteri yang subur perasaan kasih sayang dan perasaan belas kasihan.
*Sesungguhnya kami sedar YA ALLAH akan  nikmat yang engkau berikan kepada kami
*dan jadikanlah diantara kami sebagai orang-orang yang sentiasa berfikir "

3.         YA ALLAH YA JABAR YA MUTAKABIR
*dan seperti Engkau satukan hati Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
*Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “
#Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
#lebih-lebih lagi di akhirat
Ya Allah, peliharalah kami daripada kejahatan orang-orang yang zalim (3 x). Dan jadikanlah kami orang-orang yang selamat daripada godaan ini. Ya Allah, jadikanlah Rasulullah s.a.w. yang mulia ini orang yang memberikan syafaatnya kepada kami. Dan berikanlah kepada kami kedudukan yang tinggi, dengan sebab syafaatnya pada hari kiamat kelak.

2.         YA ALLAH       YA QUDUS       YA SALAM
*Sesungguhnya Hawa itu dijadikan daripada rusuk Adam,
*bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya,
*bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya,
*malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya,
*dekat dengan lengannya untuk dilindungi
*dan dekat di hatinya untuk dicintai.
*Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya,
*memberkati mereka berdua
*dan kami memohon kepadamu ya Allah agar ditingkatkan darjat keturunannya
*menjadi pembuka rahmat,
*sumber ilmu dan hikmah
*serta pemberi rasa aman bagi umat.

*Seandainya telah kau catatkan ……………….milik……………….., tercipta buat………………………., dekatkanlah …………………….pada……………………………., satukan hatinya dengan hati………………………..,
*titipkanlah kemesraan di antara mereka agar kebahagiaan itu abadi.
*Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,
*seiringkanlah pasangan ini dalam melayari ketepian yang sejahtera,
*sepertimana yang Engkau kehendaki.
*Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan pasangan ini dengan menjadikan perkahwinan pasangan ini sebagai ibadah kepada-Mu
*dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu Muhamad SAW.

4.         YA ALLAH     YA WAHAB      YA ROZAAQ
*Berkatilah majlis perkahwinan ini,
*limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini, ………………………….dan ……………………….
*Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah.
*Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat
*dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
*" Ya Allah, Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha


 5.         YA ALLAH      YA MU'IZZ       YA SAMII’
#Dengan setinggi dan seluas kasih sayangMu,
#Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri.
#Berkatilah dari permulaan hingga akhir majlis yang diadakan ini.
 #Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu,
#kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.

#serta mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW "
#“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,
#bertemu di atas ketaatan kepadaMu,
#bersatu di jalan dakwahMu
#dan berjanji menegakkan AgamaMu.
#Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini,
#limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini.
#Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu,
#sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “

6.         YA ALLAH     YA WADUUD      YA MAJIID ,
#Tunaikan permohonan kami ini dengan redhaMu,
#Jadikanlah kalangan kami ini pasangan suami  isteri yang saling mencintai di kala dekat,
#saling menjaga kehormatan dikala jauh,
#saling menghibur dikala duka,
#saling mengingatkan dikala bahagia,
#saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
#serta saling menyempurnakan dalam beribadat.
#Ya Allah…Damaikanlah keluarga kami daripada pertengkaran,
#pertautkan hati-hati kami,
#dan tunjukkan kepada kami kepada jalan-jalan yang penuh dengan keselamatan.
#Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya petunjukmu.
#Jauhkan kami dari kejahatan  yang sememangnya kami nampak dan yang tersembunyi.


DOA MAULID NABI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya serta sahabatnya semua.

Semoga Allah menjadikan kami daripada golongan yang berhak mendapat syafa'atnya dan senantiasa mengharap daripada Allah, rahmat dan kasihNya.

Ya Allah, dengan berkat penghormatan kami kepada Nabi s.a.w. yang mulia ini dan keluarganya serta para sahabatnya yang telah menempuh jalan yang lurus, jadikanlah kami sebaik-baik umatnya dan tutuplah keburukan kami dengan berkat penghormatan kami kepadanya.

Himpunkanlah kami ke dalam golongannya esok, pada hari kiamat nanti. Gunakanlah lidah kami untuk memujinya dan membantu agamanya. Hidupkanlah kami dalam keadaan berpegang teguh dengan sunnahnya dan taat kepada segala perintahnya.

Dan matikanlah kami dalam keadaan mencintainya dan mencintai para sahabatnya. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengannya, kerana sesungguhnya Bagindalah orang yang pertama sekali memasukinya. Tempatkanlah kami di dalam mahligai-mahligai syurga bersama dengannya, kerana sesungguhnya Bagindalah orang pertama yang akan menempatinya.

Dan kasihanilah kami jua pada ketika Baginda s.a.w. akan memberikan syafaatnya kepada sekelian makhluk, maka Engkau pun mengasihaninya mereka.
Ya Allah, berikanlah kami rezeki dengan dapat menziarahinya pada setiap tahun. Dan janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang yang lupa untuk mengingatiMu dan mengingati Baginda s.a.w. walau hanya sekelip mata.

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan dalam majlis kami ini seorang juapun melainkan telah Engkau basuh dosa-dosanya dengan air taubat dan telah Engkau tutupi segala keburukannya dengan selendang keampunan Mu.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun yang lalu, masih ada bersama kami beberapa orang saudara (Semoga Allah merahmati mereka) yang kali ini mereka telah terhalang daripada menghadiri majlis penuh berkat seperti ini, lantaran ajal yang sudah tersurat. Maka janganlah Engkau halangi mereka daripada menerima pahala dan kelebihan yang ada pada waktu ini.

Ya Allah, kasihanilah kami apabila kami menjadi penghuni kubur nanti, dan berikanlah kekuatan kepada kami untuk melakukan amal kebajikan yang cahaya dan pahalanya berkekalan sepanjang masa. (seperti mewakafkan harta dan mengajarkan ilmu yang bermanafaat).

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang senantiasa mengenang kurniaMu, mensyukuri nikmatMu dan memperingati hari perjumpaan denganMu. Hidupkanlah kami dalam keadaan sibuk dengan ketaatan kepadaMu. Apabila Engkau matikan kami kelak, maka ambillah nyawa kami tanpa sebarang godaan dan maksiat.
  
Dan akhirilah umur kami semua dengan kebaikan dari sisiMu.
Ya Allah, berilah minum kepada kami dari telaga NabiMu Muhammad s.a.w. dengan minuman yang sedap dan lancar, yang kami tidak akan dahaga lagi sesudahnya, untuk selama-lamanya.

Dan himpunkanlah kami di bawah benderanya besok, pada hari kiamat kelak. Ya Allah, dengan berkat kemuliaan Baginda s.a.w. ini, ampunilah kami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, guru-guru mursyid kami, guru-guru yang mengajar kami, orang-orang yang mempunyai hak yang wajib kami tunaikan, orang yang menjalankan kebaikan majlis Maulid ini pada waktu ini dan seluruh orang yang beriman, lelaki dan perempuan, juga orang-orang Islam, lelaki dan perempuan, yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.

Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang sangat dekat rahmat dan bantuanNya, yang memperkenankan segala doa, yang menunaikan seluruh hajat dan yang mengampunkan segala doa, yang menunaikan seluruh hajat dan yang mengampunkan segala dosa dan kesalahan. Wahai Zat Yang Maha Penyayang dari sekelian Penyayang.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh keluarga serta para sahabatnya.
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->
Maha suci Tuhanmu yang mempunyai kemegahan dari apa yang mereka sifatkan.Salam sejahtera atas para Rasul dan segala puji hanyalah bagi Allah Tuhan Semesta Alam


DOA SOLAT HAJAT UPSR
Wahai Tuhanku, kurniakanlah anak-anak kami ini kefahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah anak-anak kami ini kesihatan.

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai.
Ingatkanlah anak-anak kami ini apa-apa yang telah mereka baca,
apa-apa yang mereka pelajari dari guru-guru mereka dan tidak akan lupa apabila diperlukan kelak

Ya Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih,
Jadikanlah anak-anak kami ini sebagai anak-anak yang pintar, anak-anak bertaqwa, yang menjadi harapan untuk memimpin negara pada masa hadapan, serta golongkanlah mereka dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

Ya Allah Ya Latif
Kami guru-guru dan ibu bapa mereka dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha yang bersungguh-sungguh selama ini dapat menunai hajat mereka iaitu mendapat sepenuh kejayaan 5A.

Di hari yang mulia ini juga kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugerahkanlah anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan cetusan idea yang bernas, kesihatan akal fikiran, kesihatan rohani dan kesihatan jasmani supaya meraka dapat mengapai cita-cita mereka, cita-cita guru-guru dan cita-cita ibu bapa mereka serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Ya Allah berikanlah  mereka sepenuh kekuatan, jauhi sifat kegusaran, jauhi perasaan gemuruh dan gentar agar anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini mampu menjawab soalan peperiksaan dengan penuh ketenangan, dengan penuh dedikasi yang sangat utuh dan akhirnya memperolehi keberhasilan yang dicitakan iaitu 5A UPSR.



DOA ZIARAH HARI RAYA EIDUL FITRI

Ya Allah Ya Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera
Dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia ini,
turunkan lah rahmat dan keberkatan kepada kami semua,
ampuni lah kami semua,
masukkan lah kami semua ke dalam Syurga-Mu
dan jauhkan lah kami dari seksaan api neraka-Mu.

Ya Allah Ya
Hafiz -Yang Maha Memelihara
Kurniakan lah kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan kepada kami semua,
perbaiki lah hubungan di antara kami
dan mesrakan lah di antara hati-hati kami
dan tunjukkan lah kepada kami jalan-jalan yang membawa kebajikan di dunia ini
dan lepaskan lah kami dari kegelapan dosa
dan jauhkan lah kami dari segala kekejian
sama ada zahir ataupun yang tersembunyi

Ya Allah,
Ya Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia
Engkaulah yang maha terpuji,
Engkaulah yang maha pemurah dan yang maha kaya,
kurniakanlah  keberkatan kepada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami semua
khususnya rezeki yang Engkau Kurniakan kepada tuan rumah ini …………………………………….. seisi keluarga, dengan rahmatMu Ya Karim Ya Arhamarrahiminin Ya Wadud.

Ya Allah Ya Mujib -Yang Maha Pengkabul
Jadikanlah usaha ziarah hari raya ini sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati,
segala amal perbuatan baik kami diterima
dan jadikanlah kami semua hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur ke atas nikmat kurniaan-Mu.

Ya Allah Ya Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan,
Jadikan lah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati,
dan perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang sentiasa terpelihara.
Permudahkan lah urusan kami
dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu,


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI KOKURIKULUM HARI SABTU

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM SETIAP HARI RABU