Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

NIAT PUASA RAMADHAN

Imej
Lafaz niat untuk sebulan : Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala Lafaz niat untuk harian : Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala Lafaz doa ketika hendak berbuka : Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang. Lafaz doa selepas berbuka puasa : Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu. Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya.Waktu hampir ketibaan bulan Ramadhan di UIAM memang aku perhatikan suasananya berlainan dan disambut meriah,serupa macam

WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2012

Kepada Ibu/Bapa/Penjaga Murid Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3 Jalan Sagu 36, Taman Daya 81100 Johor Bahru Tuan/Puan WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN Kenyataan di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman tuan/puan waktu persekolahan sepanjang bulan Ramadhan akan berubah mulai ISNIN 23 JULAI 2012 seperti ketetapan berikut :             KELAS HARI MASA SESI PAGI ISNIN – KHAMIS 07.15 PAGI – 12.30 TGHARI JUMAAT 07.15 PAGI – 12.15 TGHARI SESI PETANG ISNIN – KHAMIS 12.40 TGHARI – 5.30 PETANG JUMAAT 02.20 PETANG – 5.30 PETANG 3.          Perubahan ini adalah untuk diselaraskan dengan waktu balik sekolah-sekolah di kawasan sekitar dan juga memberi ruang kepada murid-murid yang akan memulakan Sekolah Agama lebih awal. 4.          Kerjasama dan perhatian tuan/puan menguruskan pengangkutan pergi dan balik anak jag

MOTIVASI DAN QIAMULAIL TAHUN 6

Imej
Tarikh    :   13 dan 14 Julai 2012 Tempat  :   Dewan Sekolah Semua murid Tahun 6 adalah TIDAK BOLEH TIDAK hadir menjayakan majlis tersebut.

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR

Imej
Tarikh    : 5 Julai 2012 (Khamis) Selepas Solat Maghrib Tempat  : Surau Taman Setia Indah Semua ibu bapa dan murid Tahun 6 dijempur hadir.

PROGRAM PERMATA AYAH BONDA 2012

Imej
Tarikh   :  11 Julai 2012 (Rabu) - 10.30 pagi Tempat :  Bilik Seminar Semua ibu bapa yang TERLIBAT SAHAJA dijemput hadir untuk menjayakan majlis tersebut. * 40 orang murid sahaja bersama kedua-dua ibu bapa.

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2012

Imej
1.0                NAMA PROGRAM Program Ihya’ Ramadhan Dan Sambutan Hari Raya. 2.0                TEMPAT Surau Mawaddah, Dewan Kreatif dan Bilik J-Qaf 3.0                TARIKH 25 Julai – 15 Ogos  2012 ( Tadarrus Al-Quran / Bacaan Hadis ) 27 Ogos 2012 / 9 Syawal 1433H ( Khatam Al-Quran dan Sambutan Hari Raya ) 4.0                MASA 10.15 – 10.45 pagi dan 3.30 – 3.50 petang (Tadarus Al-Quran dan Bacaan Hadis) 5.0                SASARAN Semua murid, guru dan staf SKTD3

TANDER KANTIN 2013-2014

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA TENDER KANTIN SEKOLAH SK TAMAN DAYA 3, TAMAN DAYA, JOHOR BAHRU 1.         Tawaran ini adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menjual makanan dan minuman serta menguruskan kantin SK Taman Daya 3 untuk tempoh 2 tahun mulai 01 Disember  2012 hingga 31 November 2014. 2.         Borang Tawaran Tender boleh didapati di pejabat sekolah mulai jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang mulai 1 Julai 2012 dengan bayaran permohonan sebanyak RM30.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Sahaja) sebagai wang proses yang tidak akan dikembalikan. 3.         Tawaran Tender Kantin hendaklah dihantar dalam sampul surat yang berlakri dan bertanda di luarnya “SEBUT HARGA Kantin SK Taman Daya 3” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 31 Julai 2012 jam 12 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan dilayan