PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah menetapkan untuk melaksanakan Pendidikan Wajib Sekolah Rendah mulai l Januari 2OO3. Sehubungan itu tuan/puan adalah dipohon untuk melaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti berikut: 2.1. Semua permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal DUA tahun sebelum kanak-kanak itu bersekolah. 2.1.1. Kanak-kanak yang lahir 2.1.2010 hingga 1.1.2011 untuk tahun persekolahan 2017 . 2.1.2. Kanak-kanak yang lahir 2.1.2O11 hingga 1.1.2O12 yang belum membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2018. 2.2. Semua urusan permohonan penempatan hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah mulai pada 1 hingga 31 MAC 2O16. 2.3. Jadual permohonan penempatan adalah seperti berikut: TARIKH : 1 HINGGA 31 MAC 2016 HARI : HARI BEKERJA MASA : WAKTU PEJABAT SEKOLAH BERKENAAN Kepada ibu bapa berkenaan boleh datang ke pejabat untuk mengambil borang permohonan.