Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

MAKLUMAN PERSEKOLAHAN MURID 2017

Imej
Tuan/Puan, KELULUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Merujuk kepada permohonan penempatan anak tuan/puan ke Tahun Satu sesi Persekolahan Tahun 2017, dengan ini dimaklumkan keputusan penempatan tersebut adalah seperti berikut: Sekolah dipohon : JBA1097 SK TAMAN DAYA 3 Sekolah ditempatkan : JBA1097 SK TAMAN DAYA 3 JALAN SAGU 36,TAMAN DAYA 81100 JOHOR BAHRU JOHOR 3. Tuan/Puan diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak tuan/puan di sekolah yang telah diluluskan mulai dari 01/08/2016 hingga 30/09/2016. Kerjasama tuan/puan adalah diperlukan untuk mematuhi tarikh pengesahan tersebut. Sebarang kelewatan akan menjejaskan penempatan anak tuan/puan. Sila bawa Sijil Kelahiran asal dan surat kelulusan ini semasa membuat urusan pengesahan. 4. Sekiranya tuan/puan ingin merayu terhadap penempatan yang telah diluluskan atau ingin memohon pertukaran sekolah, tuan/puan hendaklah membuat rayuan

CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA AIDUL FITRI 1437H/2016

CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA AIDUL FITRI 1437H/2016 1 Julai 2016 (Jumaat) hingga 10 Julai 2016 (Ahad) Naik sekolah pada 11 Julai 2016 (Isnin) Dengan ucapan... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin *10 Julai 2016 ( Cuti Peristiwa )

HARI TERBUKA @BERTEMU PELANGGAN

Imej

Makluman Sambutan Hari Guru

Perhatian kepada semua pelajar, esok 16/5/2016 (Isnin)akan diadakan sambutan hari guru di sekolah .Hanya satu sesi persekolahan. Pelajar tidak perlu membawa buku. Murid petang datang ke sesi pagi.Tiada pembelajaran disesi petang. Sekian terima kasih

PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah menetapkan untuk melaksanakan Pendidikan Wajib Sekolah Rendah mulai l Januari 2OO3. Sehubungan itu tuan/puan adalah dipohon untuk melaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti berikut: 2.1. Semua permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal DUA tahun sebelum kanak-kanak itu bersekolah. 2.1.1. Kanak-kanak yang lahir 2.1.2010 hingga 1.1.2011 untuk tahun persekolahan 2017 . 2.1.2. Kanak-kanak yang lahir 2.1.2O11 hingga 1.1.2O12 yang belum membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2018. 2.2. Semua urusan permohonan penempatan hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah mulai pada 1 hingga 31 MAC 2O16. 2.3. Jadual permohonan penempatan adalah seperti berikut: TARIKH : 1 HINGGA 31 MAC 2016 HARI :    HARI  BEKERJA MASA : WAKTU PEJABAT SEKOLAH BERKENAAN Kepada ibu bapa berkenaan boleh datang ke pejabat untuk mengambil borang permohonan.

Makluman Ibu Bapa acara Balapan dan Padang

Imej

CUTI TAHUN BARU CINA

Sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina bermula 5 Feb 2016 sehingga 13 Feb 2016. Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina" kepada ibu bapa yang menyambutnya. Nota :Cuti tersebut tidak melibatkan cuti ganti.