PEMBERITAHUAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2012 DAN TAMBAHAN CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2012



Kepada,
Semua Ibu Bapa/Penjaga
Murid Pra Sekolah, Tahun 1 hingga 6
SK Taman Daya 3, Johor Bahru.

Tuan
PEMBERITAHUAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2012
DAN
TAMBAHAN CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2012

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman tuan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memberi cuti dan cuti berganti SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2012 mulai 16 Ogos 2012 (Khamis) hingga 26 Ogos 2012 (Ahad)

3.         Justeru, pihak KPM memberi kebenaran kepada pihak sekolah mengadakan persekolahan cuti berganti (seperti Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012) seperti berikut:

Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti Persekolahan
16 Ogos 2012
(Khamis)
Cuti Berganti
8 September 2012 (Sabtu)
(Jadual hari Khamis)
17 Ogos 2012
(Jumaat)
Cuti Berganti
22 September 2012(Sabtu)
(Jadual hari Jumaat)

4.         Sehubungan dengan itu, semua murid diwajibkan hadir pada hari persekolahan ganti seperti tarikh di atas. Sebarang pertanyaan sila hubungi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ditalian 019­-7871001.


Sekian, terima kasih,


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,
 
(HAJI ZAINUDDIN BIN HAJI MOHD ALIE)
Guru Besar,
SK Taman Daya 3,
Johor Bahru, Johor.


s.k.       Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI KOKURIKULUM HARI SABTU

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM