PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2016 DAN 2017
Kepada,
Ibu bapa / Penjaga Murid-murid
SK Taman Daya 3,Johor Bahru.
Tuan
PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2016 DAN
2017
( WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA)
Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa semua urusan permohonan penempatan kanak-kanak ke sekolah
rendah di seluruh negara untuk Tahun 2016 dan 2017 adalah:
2.1
kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2009
hingga 1.1.2010 untuk tahun persekolahan 2016.
2.2 kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2010
hingga 1.1.2011 untuk tahun persekolahan 2017.
3. Urusan
permohonan pendaftaran ini adalah seperti berikut:
3.1 Tarikh pendaftaran : 01 hingga 31 Mac 2015
3.2 Hari dan Masa : Ahad – Khamis ( Kecuali Cuti Umum )
Ahad – Rabu (8.00 pagi – 1.00 petang)
(2.00 petang – 4.00 petang )
Khamis (8.00 pagi – 1.00 petang)
(2.00 petang – 3.00 petang )
3.3 Tempat :
Pejabat Sekolah
4. Dokumen
asal dan dan 2 salinan bersaiz A4 yang perlu oleh ibu bapa/ penjaga ketika
membuat pendaftaran permohonan ini ialah:
4.1
Sijil Kelahiran atau Sijil Anak
Angkat
4.2 Bukti Alamat Tempat Tinggal ( Bil
Elektrik, Bil Air, Bil Telefon, Surat Akuann Sewa Beli, atau Dokumen Lain Yang Berkaitan
)
4.3 Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga
4.4 Sijil Nikah / Perakuan Pendaftaran
Perkahwinan Ibu Bapa / Surat Cerai
4.5 Surat Hak Penjagaan / Perintah
Mahkamah ( Jika Berkaitan )
4.6 Laporan Doktor & kad OKU ( jika
Berkaitan )
4.7 Slip Gaji Ibu dan Bapa / @ Borang J
4.8 Bayaran RM5.00 ( Proses Pendaftaran )
5. Sebarang
Pertanyaan sila hubungi pejabat sekolah di talian 07-3532794 atau Penolong
Kanan HEM, Pn Siti Aisyah Binti Abdullah di talian 019-7189191.
Sekian , terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan