AKTIVITI KOKURIKULUM HARI SABTU

Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Jake, Penang, published in THE STAR dated 12 August 2010 on the issue of – Too many school activities on Saturdays.

Merujuk kepada Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan bahawa sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan Kokurikulum di sekolah adalah wajib.

Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Berdasarkan subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld 11(29) bertarikh 2 Januari 1985, setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam (Badan Beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.

Di dalam Subperkara 5.2 pula menyatakan bahawa penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan kegiatan kokurikulum di sekolah.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1986 KP(BS)8591/Jld 11(41) bertarikh 5 Januari 1986, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu, kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.

Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti dalam Warta Kerajaan No. 5652 Jld.11/Bil.27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah seperti berikut:

Sekolah Menengah:
Tingkatan Peralihan, 1-3 & 6 - 180 minit seminggu
Tingkatan 4 & 5 Sastera/Perdagangan/SRT - 180 minit seminggu
Tingkatan 4 & 5 Sains/Pertanian - 140 minit seminggu
Tingkatan 4 & 5 Teknik - 100 minit seminggu

Sekolah Rendah:
Tahun 5 & 6 - 120 minit seminggu
Tahun 3 & 4 - 60 minit seminggu

Walaubagaimana pun, pihak sekolah diberi kebebasan untuk menjadualkan waktu kegiatan kokurikulum sekolah masing-masing mengikut keperluan.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 (Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu) menyatakan bahawa:

•Sekolah-sekolah yang telah Berjaya melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5) hari bekerja hendaklah meneruskannya; dan

•Sekolah-sekolah yang menghadapi kesulitan untuk melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5) hari bekerja disebabkan faktor seperti kekangan masa, ruang, kepakaran dan lain-lain sebab, boleh menggunakan hari Sabtu dengan syarat TIDAK melebihi dua kali Sabtu dalam sebulan.

CORPORATE COMMUNICATION UNIT
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM SETIAP HARI RABU