MAKLUMAT AM SEKOLAH

SEJARAH


Sekolah Kebangsaan Taman Daya (3) telah didirikan di Jalan  Sagu 36 dengan keluasan 5.5 ekar. Sekolah ini telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah pihak pemaju Keck Seng Malaysia) Berhad, memberi tanah tapak sekolah ini kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Kos pembinaan sekolah ini ialah RM9.240 juta.

Sekolah ini beroperasi pada 1 Jun 2001 dengan menumpang di Blok B, di SK Taman Daya, di Jalan Sagu 36, di bawah pimpinan Puan Norsiah binti Haji Derwish selaku Guru Besar. Dibantu oleh Penolong Kanan 1 Encik Anor bin Hussin. Puan Fauziah binti Mamat Penolong Kanan HEM dan Encik Ahmad bin Hassan Penolong Kanan Kokurikulum. Dengan bilangan muridnya seramai 392 orang, 22 orang guru, seorang pembantu tadbir Puan Norasyikin binti Mohd.Nor dan pembantu am rendah.

Persatuan Ibubapa Guru SK Taman  Daya 3 telah ditubuhkan oleh penaja PIBG, pada 14 Oktober 2001 dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan penduduk setempat khususnya untuk memohon laluan masuk ke sekolah sejauh 65 meter. Akhirnya pihak pemaju Keck Seng bersetuju untuk membuat laluan tersebut berdasarkan keputusan mesyuarat di JPNJ pada 26 Oktober 2001.

Pada 5 Januari 2002 merupakan hari pertama sekolah ini beroperasi secara rasminya di bangunannya sendiri. Murid-murid telah meningkat 550 orang dan guru seramai 21 orang serta 5 orang kakitangan sokongan.

Pada 2003, warga sekolah telah meningkat kepada 690 orang murid dan guru seramai 33 orang. Manakala bilangan bilik darjah bertambah kepada 19 buah termasuk sebuah kelas Pra Sekolah yang baru dibuka.

Pada tahun 2004 bilangan murid bertambah 874 orang,dengan 42 orang guru dan bilangan bilik darjah meningkat kepada 25 buah kelas. Pada tahun 2005 pula, bilangan murid di sekolah ini terus meningkat kepada 969 orang dengan 52 orang guru. Bilangan bilik darjah juga bertambah kepada 29 buah kelas. Begitu juga pada tahun berikutnya pada tahun 2006 bilangan murid telah meningkat kepada 1010 orang.

Pada tahun 2009 bilangan murid bertambah menjadi seramai 1240 orang, 32 kelas dan 63 orang guru serta 5 orang kakitangan sokongan di bawah pimpinan Puan Hajah Siti Latifah binti Haji Adnan Guru Besar SK.Taman Daya 3. Pada Julai 2010 kepimpinan sekolah diterajui oleh Encik Rosli bin Davi selaku Guru Besar dengan dibantu Puan Faridah binti Attan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ismail bin Ithnin sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pada Oktober 2010 Encik Mohd Fauzi bin Saem selaku Penolong Kanan Kokurikulum dan Encik Mohamad Don bin Mohd Jadi sebagai Penolong Kanan Petang.
               
Mulai 16 Disember 2011 sekolah ini diterajui Tuan Haji Zainuddin bin Mohd Alie menggantikan Encik Rosli bin Davi yang memulakan tugas di PPD Papsir Gudang dengan dibantu Puan Faridah binti Attan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Fauzi bin Saem sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Mohamad Don bin Mohd Jadi selaku Penolong Kanan Kokurikulum.


SENARAI GURU BESAR

1. PUAN NOORSIHAH BINTI HAJI DERWISH (10.8.2001-16.12.2005) - Ke SK Kempas, JB

2. PUAN HAJAH LATIFAH BINTI HJ ADNAN (17.12.2005 - 10.7.2010) - Ke SK Permas Jaya, JB

3. ENCIK ROSLI BIN DAVI (11.7.2010 - 16.12.2011) - Ke PPD Pasir Gudang

4. TUAN HAJI ZAINUDDIN BIN HAJI MOHD ALIE - (17.12.2012 - Sekarang)



LAGU - BESTARI TERAS KEJAYAAN                        


Kami bangga di sini,
Sekolah yang dikasihi,
Belajar sesungguh hati                                                                       
Berilmu dan berbakti,                                                                         
  
SK Taman Daya 3,
Menuju era gemilang,                                                                                             
Guru yang berwawasan,
Ibubapa penuh harapan,

Berilmu, Berdisiplin,
”BESTARI....TERAS KEJAYAAN”
SK Taman Daya 3,

Kami ikrar berjanji,
Melakar kecemerlangan,
Akademik dan juga sukan,
Seiring kami harumkan,

(ulang semua 4 rangkap sekali lagi)                  

”BESTARI TERAS KEJAYAAN”

Pencipta: Zulkifli bin Ismail.  
Lirik: Pn.Norsihah Hj.Derwish.



LENCANA SEKOLAH






LAMBANG

MAKNANYA

OBOR
1.Melambangkan semangat daya juang yang tinggi untuk       menuju kejayaan.
2. Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3  berani menghadapi cabaran dan teknologi pada masa akan datang.
ATOM
Melambangkan Sains dan Teknologi.
Empat Gelung Berangkai
Empat rumah sukan yang terdapat di Sekolah Taman Daya 3 iaitu Merah,Biru, Kuning dan Hijau.
Perisai
1.Semangat perpaduan yang terjalin di antara pihak sekolah iaitu pihak Pentadbir,Staf,Ibubapa dan murid.
2. Menuju ke satu arah/tujuan/matlamat yang sama ke arah kejayaan.
Jalur Merah Dan Biru Beralun
1.Kibaran Bendera Negeri Johor Darul Takzim.
2. Berani mengharungi cabaran yang mendatang.




















PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SKTD 3 Pasir Gudang dengan penuh tekad dan iltizam serta berpegang kepada motto “Bestari Teras Kejayaan”berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :

(a) Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu dan Negara serta matlamat perpaduan Negara.
(b) Berkhidmat dengan penuh dedikasi,komited,berdiiplin,bertanggungjawab dan produktif.
(c) Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang sama tanpa mengira latar belakang melalui akedemik dan kokurikulum kearah pendidikan yang cemerlang dan berkesan sepanjang tahun.
(d) Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
(e) Memastikan setiap guru dan kakitangan di sekolah berkhidmat denga penuh cekap dan berkesan sepanjang masa.
(f) Menentukan segala surat arahan , aduan dan rayuan kepada sekolah diberi jawapan dengan segera dari tarikh diterima.
(g) Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akedemik berasaskan PIPP.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI KOKURIKULUM HARI SABTU

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM SETIAP HARI RABU