LARIAN PERDANA MAHKOTA DAN KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011


Semua guru dan murid Tahun 3 hingga Tahun 6 SKTD3 dipohon hadir untuk menunaikan tanggungjawab dengan penuh rasa keikhlasan untuk menjayakan program anjuran JABATAN PELAJARAN JOHOR. Setiap penyertaan dengan bayaran RM2 untuk disalurkan terus ke MSSJ.

Setiap pelajar akan diberikan SIJIL PENYERTAAN yang mempunyai nilai merit penyertaan sukan peringkat MSSJ.

Majlis akan bermula jam 7.45 pagi dengan dimulai SENAMROBIK dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Terdapat 40 hadiah. ( 10 hadiah X 4 kategori ) iaitu kategori A Lelaki, A Perempuan, B Lelaki dan B Perempuan
Kehadiran anda juga akan menyumbangkan 5 mata untuk pasukan rumah sukan anda. Sekiranya anda berjaya menamatkan larian ini dalam masa yang ditetapkan, anda akan menyumbangkan 5 mata lagi untuk pasukan rumah sukan anda. Dan........ jika anda berjaya mendapat tempat pertama  hingga ke-20 anda akan menyumbangkan lagi, 100 mata hingga 8 mata untuk pasukan rumah anda.

ANDALAH PENENTU KEJAYAAN RUMAH SUKAN ANDA - ANDALAH MURID SKTD3 YANG MEMPUNYAI SEMANGAT BERPASUKAN YANG TINGGI DALAM BERSUKAN

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI KOKURIKULUM HARI SABTU

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM SETIAP HARI RABU