Isnin, 2 Julai 2012

TANDER KANTIN 2013-2014


KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA TENDER KANTIN SEKOLAH
SK TAMAN DAYA 3, TAMAN DAYA, JOHOR BAHRU

1.         Tawaran ini adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menjual makanan dan minuman serta menguruskan kantin SK Taman Daya 3 untuk tempoh 2 tahun mulai 01 Disember  2012 hingga 31 November 2014.

2.         Borang Tawaran Tender boleh didapati di pejabat sekolah mulai jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang mulai 1 Julai 2012 dengan bayaran permohonan sebanyak RM30.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Sahaja) sebagai wang proses yang tidak akan dikembalikan.

3.         Tawaran Tender Kantin hendaklah dihantar dalam sampul surat yang berlakri dan bertanda di luarnya “SEBUT HARGA Kantin SK Taman Daya 3” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 31 Julai 2012 jam 12 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan dilayan.

4.         Pihak sekolah tidak terikat dengan tawaran tender yang tertinggi atau sebarang tawaran. Pihak sekolah adalah berhak menerima atau menolak sebarang tawaran dengan tidak menyatakan sebarang sebab.

5.         Anggaran bilangan murid, guru dan kakitangan bagi Tahun 2012 adalah:
a.         Bilangan Murid                          :           1312 orang
b.         Sesi Persekolahan                     :           Pagi sahaja dan Petang
c.         Bilangan Guru/Staff Sokongan   :           81 orang


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,




(HAJI ZAINUDDIN BIN HAJI MOHD ALIE)
Guru Besar,
SK Taman Daya 3,
Johor Bahru, Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan