WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2012


Kepada
Ibu/Bapa/Penjaga Murid
Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3
Jalan Sagu 36, Taman Daya
81100 Johor Bahru

Tuan/Puan

WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Kenyataan di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan waktu persekolahan sepanjang bulan Ramadhan akan berubah mulai ISNIN 23 JULAI 2012 seperti ketetapan berikut :
           
KELAS
HARI
MASA
SESI PAGI
ISNIN – KHAMIS
07.15 PAGI – 12.30 TGHARI
JUMAAT
07.15 PAGI – 12.15 TGHARI
SESI PETANG
ISNIN – KHAMIS
12.40 TGHARI – 5.30 PETANG
JUMAAT
02.20 PETANG – 5.30 PETANG

3.         Perubahan ini adalah untuk diselaraskan dengan waktu balik sekolah-sekolah di kawasan sekitar dan juga memberi ruang kepada murid-murid yang akan memulakan Sekolah Agama lebih awal.

4.         Kerjasama dan perhatian tuan/puan menguruskan pengangkutan pergi dan balik anak jagaan tuan/puan adalah diharapkan. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat sekolah di talian 07-3532794 pada waktu pejabat.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,



(ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE)
Guru Besar,
SK Taman Daya 3, Johor Bahru.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI KOKURIKULUM HARI SABTU

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM SETIAP HARI RABU