KONVOI SINAR KASIH RAMADHAN 2012



SK Taman Daya 3 bantu pelajar miskin

JOHOR BAHRU 9 Ogos - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Daya 3 di sini menganjurkan program Konvoi Sinar Kasih Ramadan yang bertujuan membantu murid sekolah berkenaan yang terdiri daripada anak yatim, fakir miskin dan sakit kronik.
Guru Besar sekolah berkenaan, Zainuddin Mohd. Alie berkata, sebanyak 70 keluarga murid telah menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian sempena program berkenaan.
"Ini merupakan program yang julung kali diadakan dan kita mengambil pendekatan dengan menziarahi sendiri rumah keluarga murid yang layak menerima sumbangan.
"Selain memberi sumbangan, pihak sekolah juga dapat menyelami sendiri kehidupan anak didik kami, sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim kedua-dua belah pihak," katanya pada majlis pelancaran program di SK Taman Daya 3 di sini semalam.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman dan turut dihadiri Yang Dipertua PIBG sekolah, Ramlan Ismail.
Sementara itu, Abdul Halim yang ditemui turut memuji inisiatif yang diambil oleh PIBG sekolah berkenaan dalam membantu murid yang memerlukan dan berharap program itu dapat diteruskan pada masa hadapan.
Bagi penerima, Muhammad Firdaus Abdullah, 54, dia bersyukur dengan sumbangan pihak sekolah kepada ketiga-tiga anaknya iaitu Muhammad Irfan Abdullah, 11; Nurul Aqilah Abdullah, 10 dan Nurul Aisyah Abdullah, 7, yang merupakan murid sekolah berkenaan.
Beliau yang bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,500 sebulan berkata, dia bersama-sama ketiga-tiga anaknya itu dan isteri, Fatimah Abdullah, 36, baru memeluk agama Islam sejak 1 Ogos lalu.

Layari Utusan Malaysia

Aktiviti Bergambar






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI KOKURIKULUM HARI SABTU

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM SETIAP HARI RABU