MAKLUMAN PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 1 - 6 BAGI TAHUN 2013 SERTA PEMBELIAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN MURID


Kepada,
Ibu Bapa/Penjaga Murid,
SK Taman Daya 3, 81100, Johor Bahru

Tuan/Puan,

Makluman Persekolahan Murid Tahun 1 - 6 / 2013

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa anak/jagaan tuan/puan akan melanjutkan pelajarannya di SK TAMAN DAYA 3, 81100 JOHOR BAHRU

2. Sehubungan itu, dimaklumkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua Ibu bapa/ Penjaga:

2.1 Cuti Akhir Tahun Persekolahan ialah 10.11.2012 hingga 01.01.2013.

2.2 Pendaftaran masuk Tahun 1 hingga 6 ialah pada 29.12.2012 (Hari Sabtu) jam 8.00 pagi.

2.2 Naik Penggal Persekolahan ialah Hari Rabu 02.01.2013

2.3 Ibu bapa/Penjaga perlu mempastikan bahawa anak-anak sering mengulangkaji pelajaran di rumah dan mengawasi keselamatan mereka.

3. Untuk makluman tuan/puan, senarai buku tulis, latihan, aktiviti dan peralatan sekolah tahun 2013 boleh diperolehi daripada Kedai Buku Sekolah mulai hari Rabu 19 DISEMBER 2012 mulai jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.  Kutipan bayaran lain sekolah dan Sumbangan PIBG tahun 2013 hendaklah dijelaskan kepada Guru Kelas masing-masing pada hari pendaftaran masuk sekolah jam 8.00 pagi  (Lampiran 2).

4. Kerjasama pihak tuan/puan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih. Sebarang kemusykilan, sila hubungan Guru Besar ditalian 013-7200780.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(HJ ZAINUDDIN BIN HJ MOHD ALIE)
Guru Besar,
SK Taman Daya 3,
81100 Johor Bahru, Johor

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI KOKURIKULUM HARI SABTU

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM SETIAP HARI RABU