Makluman Persekolahan Murid Pra-Sekolah, Tahun 1 – 6 dan Pendidikan Khas / 2016

Rujukan:   JBA1097/700-5/4/1 (        )
                                                                                       Tarikh:            15 NOVEMBER  2015

Kepada,
Ibu Bapa/Penjaga Murid,
SK Taman Daya 3, 81100, Johor Bahru

Tuan/Puan,

Makluman Persekolahan Murid Pra-Sekolah,
Tahun 1 – 6 dan Pendidikan Khas / 2016

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa anak/jagaan tuan/puan akan melanjutkan pelajarannya di SK TAMAN DAYA 3, 81100 JOHOR BAHRU

2.         Sehubungan itu, dimaklumkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua Ibu bapa/ Penjaga:

            2.1       Cuti Akhir Tahun Persekolahan ialah 20.11.2015 hingga 02.01.2016.

2.2       Pendaftaran masuk Pra-Sekolah, Tahun 1 hingga 6 dan Pendidikan Khas ialah pada 31.12.2015 (Hari Khamis) jam 8.00 pagi.

            2.2       Naik Penggal Persekolahan ialah Hari Ahad 03.01.2016

            2.3       Ibu bapa/Penjaga perlu mempastikan bahawa anak-anak membuat                                   ulangkaji pelajaran di rumah dan mengawasi keselamatan mereka.

3.         Untuk makluman tuan/puan, senarai buku tulis, latihan, aktiviti dan peralatan sekolah tahun 2015 boleh diperolehi melalui Blog sekolah atau daripada Kedai Buku Sekolah mulai hari Selasa 15 DISEMBER 2015 mulai jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.  Kutipan bayaran lain sekolah dan Sumbangan PIBG tahun 2015 hendaklah dijelaskan kepada Guru Kelas masing-masing pada hari pendaftaran masuk sekolah jam 8.00 pagi  (Lampiran 2).

4.         Kerjasama pihak tuan/puan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih. Sebarang kemusykilan, sila hubungan Guru Besar ditalian 07-353 2794.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

                  t.t
(HJ ZAINUDDIN BIN HJ MOHD ALIE)
Guru Besar,
SK Taman Daya 3,

81100 Johor Bahru, Johor

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI KOKURIKULUM HARI SABTU

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM SETIAP HARI RABU